43 rakyat Malaysia kandas di Nepal balik ke tanah air

KUALA LUMPUR: Semua 43 rakyat Malaysia terkandas di Nepal selamat dihantar balik ke tanah air pada 4 April, kata Kedutaan Malaysia di Nepal.

Ketua Canseri dan Setiausaha III kedutaan, Albony Basir, berkata kesemua mereka dibawa pulang melalui penerbangan sewa khas Malindo Air.

“Sehingga kini, sejumlah kecil rakyat Malaysia masih berada di Nepal atas kehendak sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut laporan media antarabangsa, kerajaan Nepal memutuskan untuk melanjutkan ‘lockdown’ di seluruh negara hingga 27 April, atas peningkatan kes COVID-19.

Semua penerbangan komersial juga ditangguhkan sehingga 30 April.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here