Tiada catuan bekalan air sepanjang Ramadan di Melaka

MELAKA: Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yakin tiada catuan air akan berlaku sepanjang Ramadan bagi membolehkan rakyat di negeri ini mendapat kemudahan air dengan selesa.

Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Zaidi Attan, berkata situasi semasa membabitkan empangan di negeri itu agak memuaskan termasuk di Empangan Durian Tunggal dengan paras air melebihi 50 peratus.

Katanya, empangan Asahan pula melebihi 80 peratus memperlihatkan keperluan itu berada pada tahap memuaskan namun diharap paras air akan terus mencapai lebih baik
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihat menjimatkan air sepanjang berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Sebelum ini, catuan air dilakukan di seluruh Melaka bermula 29 Januari membabitkan Zon Satu di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin serta catuan di Zon Dua di kawasan tertentu di Alor Gajah bermula 10 Mac dengan kesemua catuan berakhir, 1 April lalu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here