Jangkitan menurun kepada dua angka, PKP harus dipatuhi oleh rakyat

KUALA LUMPUR – Usaha yang dilakukan kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 mula menampakkan hasil positif selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengharungi  sejak 18 Mac lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kes positif harian mula menurun kepada dua angka, iaitu 85 kes semalam berbanding tiga angka pada hari sebelumnya.

Malah, jumlah kes pulih harian adalah 169 kes semalam, dua kali ganda lebih tinggi berbanding kes baharu yang direkodkan Selasa lepas.

Namun, masih ada kes kematian direkodkan dan selagi negara masih belum bebas  sepenuhnya dari COVID-19.

Memetik kata-kata Dr Noor Hisham, tempoh PKP fasa tiga yang masuk hari kedua hari ini, merupakan tempoh kritikal dalam menentukan kejayaan menghapuskan wabak COVID-19. Hasilnya bukan sahaja terletak pada kepakaran doktor malah juga ditentukan dengan tahap kepatuhan masyarakat terhadap PKP.

PDRM melaporkan sepanjang PKP fasa satu dan dua dilaksanakan sehingga Selasa lepas, sebanyak 14,922 individu ditahan kerana ingkar dengan arahan itu. Lantaran sikap segelintir mereka yang ingkar ini juga menyebabkan kerajaan mengenakan tindakan tegas dengan mendakwa mereka ke mahkamah setelah tindakan kompaun sebanyak RM1,000 sebelum ini dipandang enteng golongan yang degil ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menyatakan ada tempat khas menanti pesalah ini apabila kerajaan akan mewartakan 13 akademi penjara sebagai pusat tahanan mereka.

Walaupun tempat tahanan itu akademi, tiada makanan mewah yang akan disediakan, peraturan dan undang-undangnya adalah sama dengan penjara biasa, jadi rakyat harus mematuhi arahan PKP untuk mengelakkan diri masuk ke penjara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here