Kemasukan pelajar ke universiti awam tahun ini diteruskan seperti biasa

KUALA LUMPUR: Proses kemasukan pelajar ke universiti awam (UA) tahun ini bagi sesi 2020/2021 diteruskan seperti biasa walaupun SPM, STPM ditunda dan akan menduduki peperiksaan pada tahun 2021.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjelaskan lulusan kedua-dua peperiksaan itu dijangka memasuki UA pada Julai atau Ogos, tahun depan bagi program asasi dan diplomasi, termasuk matrikulasi. Pengambilan pelajar bagi program ijazah pula akan dilaksanakan pada Oktober, tahun depan dalam kalangan lulusan STPM dan setaraf.

“Susulan keputusan kerajaan menunda SPM dan STPM, ada pihak yang bertanya bagaimana pula dengan kemasukan pelajar ke UA bagi pengambilan tahun ini, iaitu sesi 2020/2021″, katanya.

“KPT ingin memaklumkan proses kemasukan pelajar ke UA bagi tahun ini diteruskan seperti biasa, justeru permohonan masih dibuka sehingga 17 April ini melalui sistem UPUOnline,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pasca penutupan sistem permohonan menerusi UPUonline, KPT berkata penawaran dijangka dibuat pada 3 Jun ini untuk calon lulusan SPM dan STPM 2019 atau setaraf pada 18 Ogos depan.

Katanya, UA seterusnya dijangka menerima kemasukan pelajar baharu tahun ini ke program asasi dan diploma, termasuk matrikulasi pada Julai atau Ogos, tahun ini. Selain itu, kemasukan pelajar lulusan STPM atau setaraf bagi program sarjana muda pula dilaksanakan pada Oktober tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here