MITI hanya benarkan syarikat operasi 50 peratus

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hanya membenarkan syarikat beroperasi pada tahap 50 peratus dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga hingga 28 April ini.

Menteri MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kementerian itu bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk memantau aktiviti industri yang wajib patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kebenaran beroperasi ini juga tertakluk kepada pematuhan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM ) dan garis panduan oleh lain-lain agensi penguatkuasaan”, katanya.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan beberapa sektor ekonomi tambahan terpilih yang dibenarkan beroperasi ketika PKP fasa ketiga seperti industri automotif, mesin dan peralatan, aeroangkasa, projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan, perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional berdaftar, perkhidmatan kedai ‘hardware’, barangan elektrik dan elektronik serta perkhidmatan dobi (bukan layan diri).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here