KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) – Bagi memastikan bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dapat disalurkan dengan mudah dan selamat, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa penerima BPN yang mempunyai rekod data percukaian dengan LHDNM serta telah diluluskan bantuan tersebut tetapi masih belum menerima BPN, boleh mengemaskini maklumat akaun bank mereka yang aktif melalui aplikasi e-kemaskini di pautan pantas https://ez.hasil.gov.my/ci. Pengemaskinian maklumat akaun bank tersebut hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 30 April 2020 bagi membolehkan bayaran BPN mereka dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan pada bulan Mei 2020.
LHDNM ingin menasihati penerima BPN untuk hanya menggunakan saluran rasmi LHDNM dalam urusan mengemaskini maklumat bank tersebut. Sila ambil perhatian bahawa LHDNM tidak akan meminta TAC bagi tujuan penyaluran BPN.
Bagi penerima BPN yang tiada rekod percukaian dengan LHDNM pula, bayaran BPN mereka akan dibuat seperti yang telah dimaklumkan dalam Soalan Lazim (FAQ) BPN. FAQ BPN tersebut boleh dicapai di Portal Rasmi BPN atau melalui capaian pantas seperti berikut:
Sebagai memberikan kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000;
b) HASiL Live Chat;
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/
d) Media Sosial Rasmi LHDNM :
- Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM
- Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial