GEORGETOWN: Tindakan sebilangan peruncit yang menjual barangan mereka lebih tinggi daripada harga biasa menyesal Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Peniaga mengambil kesempatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pengguna menghadapi kesulitan dan kekangan kewangan pada masa ini.
Presidennya, Mohideen Abdul Kader, berkata terdapat dakwaan bawang India dijual pada harga RM6.50 sekilogram melebihi harga biasa di pasar basah dan kedai runcit di negeri ini malah harga bagi sayuran lain juga turut terjejas.
Katanya, sebelum ini terdapat laporan mengenai sayuran dan buah-buahan yang dibuang kerana gangguan rantaian bekalan petani ke pasar dan ia menyebabkan berlakunya lebihan bekalan.
“Tambahan pula permintaan menurun secara drastik disebabkan kekurangan pengguna pergi ke pasar tetapi keadaan ini bukanlah justifikasi bagi lonjakan harga secara drastik.
“Kerajaan juga perlu turun padang dan memeriksa harga makanan pada waktu ini bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dalam menaikkan harga semasa PKP,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu Mohideen berkata, CAP menggesa kerajaan supaya memantau harga makanan dan memastikan supaya bekalan makanan tidak terganggu.
“Pada masa terdesak, negara pengeksport makanan ini dapat memberi makan penduduknya yang lapar terlebih dahulu sebelum menjual makanan ke negara lain seperti negara kita,” katanya lagi.
Justeru, CAP menggesa kerajaan supaya memperkenalkan dasar pertanian yang komprehensif dalam memastikan jaminan bekalan makanan di negara ini selepas pandemik COVID-19 ini berakhir.