KUALA LUMPUR – Rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN) menyenaraikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai antara tiga doktor terbaik dunia yang ‘lahir’ dari pegawai kesihatan awam dalam mengendalikan wabak COVID-19 bersama Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat (AS) and Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ketiga-tiga mereka dipuji kerana sejak beberapa minggu lalu, mengenengahkan penampilan yang ‘tenang, jelas dan meyakinkan’ bagi menyalurkan maklumat serta fakta kepada orang ramai mengenai pendemik ini.
“Setiap kali saya melihat Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, saya merasa yakin. Beliau menjadi menjadi tempat bergantung bagi ramai rakyat Malaysia,” menurut CGTN sambil menambah bahawa Dr Noor Hisham juga “mempunyai wajah yang dipercayai”.
“Di tengah pandemik global yang tidak pernah dialami sebelum ini, ketika kerajaan di serata dunia kadang kala lambat bertindak atau memperkenalkan langkah yang mengelirukan serta menghantar mesej bercelaru, Dr Fauci, Dr Bloomfield dan Dr Hisham menjadi suara yang bermakna, menenangkan dan meyakinkan,” lapor CGTN.
Menurut CGTN, Fauci, 79, merupakan Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit AS (NIAD) manakala Bloomfield, 54, Ketua Pengarah Kesihatan di New Zealand.
Dr Fauci diberi gelaran ‘coronavirus crush’ dan ‘national treasure’ oleh The Atlantic and The New York Times, dengan hampir 15,000 orang menandatangani petisyen a Change.org untuk dicalonkan sebagai People Magazine’s Sexiest Man Alive 2020.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba turut mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham penghormatan yang diberikan tersebut.