31 pusat kuarantin sudah beroperasi di Johor

JOHOR BAHRU: Sebanyak 31 daripada 97 pusat kuarantin yang diwartakan di negeri ini sudah beroperasi hingga semalam. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyanathan, katanya, melaporkan penambahan sebanyak 13 kes baharu COVID-19 yang menjadikan sebanyak 614 kes. Kematian kekal 15 tetapi tiada tiada kes dicatatkan semalam.

“Semalam, Singapura mencatat kenaikan tertinggi, pertambahan 728 kes positif baharu COVID-19 menjadikan jumlah kes positif 4,427,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan memastikan prosedur kemasukan rakyat Malaysia yang pulang dari Singapura dipantau menerusi proses saringan yang ketat oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Imigresen (JIM) Johor.

“Kerajaan negeri telah menerima 3.5 juta keping topeng muka daripada kerajaan pusat untuk diagihkan kepada seluruh ketua isi rumah di negeri ini”, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here