Dua golongan harus diberi perhatian demi perangi Covid-19

KUALA LUMPUR: Golongan yang harus diberikan perhatian ialah warga emas dan mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh semua pihak bagi memastikan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Masyarakat perlu membantu petugas di barisan hadapan diketuai “Jeneral Perang”, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam mengurangkan risiko warga emas terdedah dengan pandemik COVID-19.

Semalam, Dr Noor Hisham memaklumkan rawatan perlu dimulakan lebih awal untuk kebolehpulihan dan prognosis bagi sembuh jangkitan COVID-19 justeru amat penting bagi kumpulan warga emas untuk mendapatkan rawatan segera walaupun hanya mempunyai batuk, demam dan sakit tekak.
Kita perlu menimbulkan rasa tanggungjawab ahli keluarga, misalnya, anak atau penjaga yang tinggal bersama warga emas supaya memastikan golongan itu mendapatkan rawatan segera jika tidak sihat, bekalan ubatan mencukupi dan patuhi janji temu rawatan. Hal ini disebabkan, individu berumur 60 tahun ke atas menunjukkan rekod kes kematian Covid-19 yang tertinggi sebanyak 62.6 peratus.
Golongan kedua yang harus didekati pula adalah mereka yang masih ingkar dengan PKP dan enggan mendengar arahan polis.
Semalam, pemerhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati banyak kenderaan di jalan raya terutamanya kenderaan perkhidmatan bukan penting yang mengambil kesempatan memulakan operasi perniagaan walaupun belum mendapat kelulusan beroperasi.
Kerajaan semalam mengingatkan bahawa orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung dalam tempoh PKP fasa tiga dilaksanakan. Selain itu, E-bazar Ramadan menerusi kaedah pandu lalu dan ‘bungkus dan ambil’ makanan juga tidak dibenarkan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here