Pelajar Malaysia tiba dari Sepanyol, UK dan Indonesia benar pulang hari ini lepas dikuarantin

NILAI – 30 pelajar Malaysia yang tiba di tanah air dari Sepanyol, United Kingdom (UK) dan Indonesia pada 2 April lepas, telah menjalani proses kuarantin dan hari ini mereka dibenarkan pulang selepas tamat kuarantin Covid-19.

Kesemua mereka yang dikuarantin selama 14 hari di Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek, dibenarkan pulang rumah pada jam 9 pagi ini.

15 orang adalah dari Indonesia, 14 orang dari Sepanyol dan seorang dari United Kingdom yang kesemuanya membabitkan 11 lelaki dan 19 wanita daripada jumlah tersebut.

Menurut wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kesemua 29 individu pulang dengan ahli keluarga mereka manakala seorang dihantar ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, untuk menaiki pesawat pulang ke Kedah dengan adanya surat kebenaran.

Terdahulu, kesemua mereka yang pulang atas tanggungan sendiri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada jam 3.30 petang, 2 April lepas, susulan penularan wabak COVID-19 di negara yang terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here