PKP : Laluan ke Kangar ditutup hingga 28 April

KANGAR: Semua laluan menghala ke pusat bandar ini akan ditutup mulai hari ini sehingga 28 April bagi tujuan pematuhan tinggi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, semua jalan itu membabitkan tujuh laluan dan akan ditutup sepenuhnya bermula 10 pagi hingga 5 petang daripada dilalui orang awam bermula hari ini.

Katanya, hanya dua jalan sahaja dibenarkan dilalui kenderaan tertentu untuk ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, namun ia dikawal ketat petugas barisan hadapan.

“Lima jalan yang ditutup sepenuhnya adalah Jalan Jubli Emas, Jalan Kampung Pondok ke Jalan Abi Tok Hashim, persimpangan lampu isyarat Bintong, persimpangan lampu isyarat Jalan Dato Ali dan persimpangan lampu isyarat Jalan Kampung Bakau.

“Hanya dua jalan sahaja yang dibuka untuk laluan kecemasan iaitu persimpangan lampu isyarat di Jalan Kangar – Alor Setar, Seriab dan susur masuk ke Jalan Sekolah Derma,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Wari berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya dapat bersama mematuhi PKP dan memberi kerjasama dalam mengekang penularan wabak COVID-19.

“Pihak polis menasihatkan kepada masyarakat di daerah ini agar dapat bersama-sama mematuhi PKP dan memberi kerjasama dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here