1,011 individu ditahan ingkar PKP di Sarawak

KUCHING: Seramai 1,011 individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditangkap di negeri ini dalam tempoh sebulan, sejak 18 Mac lalu.

Jumlah itu termasuk 124 tangkapan terbaharu dalam tempoh 24 jam antara jam 8 pagi semalam hingga jam 8 pagi tadi.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata Kuching merekodkan jumlah paling ramai ditangkap mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 apabila ingkar PKP di negeri itu.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dev berkata, seramai 73 orang didakwa di mahkamah semalam kerana ingkar PKP, menjadikan jumlah keseluruhan yang menghadapi pertuduhan kini seramai 593 orang.

“Mereka yang ingkar akan ditahan dan direman, kemudiannya didakwa ke mahkamah dan sebaliknya tidak akan dikenakan kompaun lagi”, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here