23.4 juta topeng muka sudah diagihkan : Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Sebanyak 23.4 juta topeng muka yang dibeli kerajaan untuk orang ramai, sudah diagihkan menerusi Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata baki sebanyak sembilan juta lagi sedang dalam proses agihan dan pengedarannya dijangka selesai minggu ini.

Seperti diumumkan sebelum ini, kerajaan setuju untuk memberi setiap isi rumah empat keping topeng muka secara percuma membabitkan peruntukan keseluruhan 32.4 juta unit.

“Pengagihan di Sabah dan Sarawak akan bermula pada hari ini,” kata Ismail Sabri pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia mengenai dakwaan sesetengah orang awam bahawa mereka dipaksa mengambil cuti tanpa gaji selama enam bulan.

Kementerian akan melihat akta berkaitan sama ada tindakan majikan berkenaan dibenarkan atau sebaliknya.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here