Kerajaan timbang kebenaran pelajar universiti pulang ke rumah kediaman

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia menimbang bagi membenarkan kira-kira 100,000 pelajar universiti di seluruh negara yang sedang kuarantin di kampus untuk pulang ke rumah masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada nasihat Kementerian Kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) perjalanan pulang yang ketat.

“Kita tidak mahu 100,000 pelajar ini pulang serentak. Kita mungkin memastikan pelajar perlu mendapatkan saringan kesihatan sebelum pulang ke kampung.

“Itu perkara yang kita lihat dan minta supaya rundingan diadakan di antara Kementeran Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan supaya dapat lihat bagaimana nak bantu pelajar pulang ke rumah masing-masing,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here