10 lelaki India ditahan makan, minum arak dalam restoran

IPOH: Seramai 10 lelaki warga India ditahan kerana makan beramai-ramai dan minum arak di sebuah restoran daun pisang di Jalan Tun Abdul Razak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata mereka yang berusia 19 hingga 44 tahun itu ditahan pasukan polis Bahagian Risikan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada jam 8.50 malam.

“Pasukan polis yang menjalankan pemantauan COVID-19 di kawasan Ipoh Barat terdengar bunyi bising di dalam restoran berkenaan sebelum bertindak membuka pintu dan mendapati 10 lelaki sedang makan dan meminum minuman keras,” katanya hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati jarak rumah semua tangkapan dengan restoran itu hanya kira-kira 30 meter.

Beliau berkata susulan itu, polis merampas lesen perniagaan Majlis Bandaraya Ipoh milik restoran itu selain tiga botol arak jenama ‘A Class’.

“Kesemua tangkapan mengakui faham dan tahu tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan kerajaan, sambil ditahan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan pelanggaran Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here