MSBA : Tuntutan bayaran permit Bazar Ramadan dikreditkan semula ke akaun pemohon

SHAH ALAM: Semua peniaga yang sudah menjelaskan bayaran Permit Bazar Ramadan 2020 kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) boleh membuat tuntutan bayaran balik permit penuh atau sebahagian bermula hari ini sehingga 5 Mei depan.

“Permohonan boleh dibuat dengan melayari https://bazar.mbsa.gov.my/login dan permohonan yang lengkap akan diproses manakala tuntutan bayaran semula akan dikreditkan terus ke akaun bank pemohon,” jelas dalam notis yang dikeluarkan oleh MSBA.

Menurut notis itu lagi, pemohon perlu mengisi borang tuntutan dan memuatnaik penyata bank atas nama yang sama serta lesen atau permit penjaja yang sah tahun 2020 untuk bayaran balik permit sepenuhnya.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Perlesenan MBSA di talian 03-55105133 sambungan 1699/1486/1761 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 2 petang,” katanya.

Seramai 1,745 peniaga mendapat permit penjaja bazar Ramadan di seluruh kawasan pentadbiran MBSA pada tahun ini.

Pada 1 April lalu, kerajaan Selangor membuat keputusan membatalkan bazar Ramadan di negeri itu susulan penularan wabak COVID-19 serta selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari kemudian mengumumkan negeri itu akan mengadakan jual beli secara e-bazar sepanjang Ramadan ini seterusnya memperkenalkan dua platform e-dagang khas iaitu GRAB Selangor dan Platform Selangor (PLATS).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here