Pelajar IPT wajar dihantar pulang secara berfasa susulan PKP

KUALA LUMPUR: Penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) wajar dilakukan secara berfasa bagi membendung penularan COVID-19 dan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu dicadangkan oleh Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Tan Sri Lee Lam Thye, kerajaan harus membenarkan pelajar yang terkandas di kampus, pulang ke pangkuan keluarga masing-masing secara berperingkat-peringkat.

“Saya menyambut baik kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang merangka SOP (prosedur operasi standard) yang mesti dipatuhi semua pelajar IPT untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi, saya khuatir pelajar ini akan berdepan tekanan, keresahan dan kebimbangan,” katanya.

Lam Thye berkata, setiap pelajar yang dibenarkan pulang perlu menjalani saringan kesihatan termasuk pemeriksaan suhu badan dan pengesanan gejala. Pelajar terbabit juga harus menjaga disiplin diri dengan mengamalkan penjarakan sosial, duduk di rumah dan tidak mengingkari PKP.

“Kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk semua pelajar dan saya berharap supaya mereka bersabar serta mematuhi SOP ditetapkan MKN ketika kembali ke pangkuan, apabila dibenarkan,” katanya.

Beliau dilaporkan berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan kepulangan kira-kira 100,000 pelajar ke pangkuan keluarga masing-masing selepas memperhalusi SOP yang perlu dipatuhi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here