Nasib pekerja Malaysia di Singapura sepanjang bulan Ramadan

JOHOR BAHRU: Saya akan berpuasa Ramadan sepenuhnya di Singapura, dan tidak dapat berbuka dan bersahur bersama keluarga walau sehari pun,” kata Amzar Aizat Alias, 27.

Juruteknik pengeluaran itu antara ribuan rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor penting di Singapura yang meneruskan Perintah Pemutus Rantaian Jangkitan COVID-19 sehingga 1 Jun depan.

Amzar yang berulang alik dari rumah sewa di Johor Bahru ke tempat kerjanya sebelum Singapura melaksanakan perintah berkenaan, berkata pengalaman berpuasa sepenuhnya di negara jiran itu mungkin berbeza walaupun hanya dipisahkan oleh Tambak Johor yang berjarak kira-kira 1.5 kilometer.

Kali ini, mungkin tidak dapat berbuka seperti biasa, terpaksa juga berjimat sebab harga makanan di Singapura mahal. Namun, ada juga masyarakat Melayu Singapura yang beri makanan dan barang keperluan lain kepada kami,” katanya.

Mengenai perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan di negara itu, beliau berkata, pekerja hanya dibenarkan berulang alik dari tempat penginapan ke tempat kerja serta membeli makanan dan tidak bebas pergi ke mana-mana tempat.

Setiap kali Ramadan sebelum ini, katanya, beliau pasti bercuti pada awal bulan puasa untuk pulang ke kampung halaman. Tahun ini memang mencabar. Selain tidak dapat berpuasa bersama keluarga, solat tarawih di masjid juga tidak dapat dilaksanakan.

“Saya juga sepatutnya mendirikan rumah tangga pada 4 April lalu, tetapi terpaksa akur dengan PKP di Malaysia dan Perintah Pemutus Rantaian Jangkitan COVID-19 di Singapura. Selepas hari raya nanti dan PKP tamat, kami akan bernikah,” katanya.

“Kami khuatir dengan peluang kerja di Malaysia yang masih dalam PKP dan kemungkinan  permit pekerja kami mungkin dibatalkan oleh majikan. Jadi, kami terus tabah dan kekal mencari rezeki di sini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here