Permit kemasukan ke Malaysia dari Singapura berkuatkuasa esok

JOHOR BAHRU: Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura diwajibkan memohon Permit Kemasukan (Entry Permit) jika mahu pulang ke negara ini, mulai esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata penguatkuasaan syarat baharu bermula esok itu mensyaratkan permohonan dikemukakan kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura menerusi emel.

“Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura menetapkan syarat bahawa semua rakyat Malaysia di Singapura yang berhajat untuk pulang negara ini perlu mendapatkan Permit Kemasukan sebelum dibenarkan masuk ke negara ini mulai esok”

“Bagi memohon permit kemasukan berkenaan, mereka perlu menyatakan butiran seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh berlepas dan fotokopi pas pekerja, pas jangka panjang, pas penduduk tetap atau pas pelajar”, katanya.

“Kesemua dokumen berkenaan perlu diemelkan kepada stmsg@mhc.org.sg selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh memasuki negara ini. Mereka hanya perlu menunjukkan permit berkenaan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia di pintu masuk darat di Johor”, tambah beliau.

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here