PKP : Kuliah Ramadan online jadi pilihan umat Islam

KUALA LUMPUR – Kuliah Ramadan atau majlis ilmu yang diadakan di masjid mahupun di mana-mana tempat sudah pasti akan menjadi tumpuan umat Islam negara ini.

Bagaimanapun, ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa, sebarang bentuk perhimpunan besar ataupun aktiviti perkumpulan termasuk aktiviti yang bertujuan mengimarahkan Ramadan tidak digalakkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Kini, dengan sokongan jaringan media sosial, kuliah Ramadan tetap boleh diadakan seperti biasa dengan sedikit ‘modifikasi’, namun impaknya masih boleh dilihat apabila setiap kali bersiaran ‘online’ atau secara dalam talian, puluhan ribu boleh mengikuti kuliah itu.

Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali Syamsul Debat berkata walaupun duduk di rumah beliau tetap berusaha menyampaikan kuliah agama secara ‘live’ (langsung) menggunakan laman rasmi Facebooknya. Pengikut bukan hanya tertumpu di sesuatu tempat seperti masjid tapi melangkaui hingga ke luar negara”, katanya.

Syamsul Amri berkata platform media sosial seperti StreamYard membolehkan mereka turut mengadakan forum agama dalam talian yang menampilkan empat personaliti dakwah serentak walaupun perlu duduk di rumah masing-masing.

“Tidak sangka penstriman langsung yang pertama kali dibuat pada awal malam pertama Ramadan itu mencecah puluhan ribu penonton dan mendapat reaksi positif sehingga boleh berulang kali ditonton selepas itu, dan akan diteruskan sepanjang Ramadan,” katanya.

“Ustaz-ustaz yang mempunyai pengikut ramai mereka boleh guna kaedah laman sosial masing-masing untuk sembang santai selepas solat yang boleh mengajak para penonton untuk saling memperingati ke arah yang lebih bermanfaat daripada mereka bosan di rumah”, jelas beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here