Giant Malaysia bekal keperluan makanan kepada 26 rumah kebajikan

KUALA LUMPUR, 23 APRIL – Giant Malaysia bekerjasama dengan The Lost Food Project (TFLP) untuk mengedarkan bekalan makanan penting ke 26 rumah kebajikan yang terjejas oleh wabak COVID-19 selama sebulan. Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 1.422 penerima yang terdiri daripada warga tua, orang kurang upaya, rumah anak yatim, orang asal, ibu tunggal dan pelarian.

Sebagai mengiktiraf tentangan yang dihadapi oleh banyak orang disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) ketika ini, Giant meningkatkan usahanya untuk memberikan keperluan asas kepada masyarakat, khususnya kepada mereka yang berada di rumah kebajikan yang terjejas oleh wabak pandemik Covid-19 dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sumber serta barangan keperluan.

Daripada inisiatif ini, penerima akan mendapat barang keperluan makanan seperti beras, tepung, gula, minyak, bawang dan kentang selama sebulan untuk mengatasi masalah mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jurucakap GCH Retail berkata, “Sebagai salah satu daripada beberapa perkhidmatan penting yang dibenarkan untuk beroperasi, kami ingin membantu komuniti yang lebih terkesan dalam tempoh mco ini untuk memastikan bahawa keperluan mereka tidak dilupakan. Masa ini belum pernah terjadi sebelumnya, namun ada kebaikan iaitu pengertian dan belas kasihan yang kita tunjukkan antara satu sama lain akan membantu kita untuk mengatasi masalah ini. “

Giant telah bekerjasama secara aktif dengan The Lost Food Project sejak April 2016 untuk menyelematkan lebihan makanan daripada dibuang ke tong sampah dan mengagihkan semula makanan dan barang keperluan lain kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira agama, jantina, umur, kecacatan atau kumpulan etnik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here