PKPD Simpang Renggam tamat hari ini, namun pergerakan adalah terhad

JOHOR BAHRU: Tempoh bertenang selama seminggu akan berkuatkuasa mulai esok di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid, Simpang Renggam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyanathan, berkata bagaimanapun, tiada perjalanan keluar dan masuk dibenarkan melainkan pergerakan di dalam dua kawasan berkenaan.

Katanya, kerajaan pusat bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid, Simpang Renggam hari ini.

“Penduduk di situ juga boleh menjalankan aktiviti harian seperti membeli barang keperluan harian namun pergerakan adalah terhad di dalam kawasan yang dibenarkan sahaja.

“Bagaimanapun, sebagai langkah kawalan keselamatan, pemantauan berterusan akan terus dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia bagi memastikan keadaan di sana terus kekal terkawal serta selamat”, jelas beliau.

“Pihak kerajaan tidak lagi membekalkan barangan keperluan asas memastikan kesemua barangan keperluan harian di tujuh kedai yang dikenalpasti di dalam kawasan terbabit mencukupi bagi menampung keperluan penduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penduduk masih boleh menghubungi bilik gerakan di Majlis Daerah Simpang Renggam jika ingin mendapatkan keperluan khusus sepanjang tempoh pergerakan terhad itu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here