Timbalan Menteri Kesihatan, EXCO Perak didakwa di mahkamah ingkar PKP

GERIK: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Kerajaan Negeri Perak, Razman Zakaria, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kedua-dua wakil rakyat itu akan didakwa atas pertuduhan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kira-kira dua minggu lalu.

Pada 18 April lalu, tular gambar Dr Noor Azmi bersama Razman dan beberapa individu lain menghadiri satu jamuan di Ma’ahad Tahfiz di Lenggong. Majlis itu didakwa diadakan tanpa penjarakkan sosial seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kedua-dua mereka serta beberapa individu lain didakwa kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang sedang berkuat kuasa mulai 15 April hingga 28 April.

Dr Noor Azmi, yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, serta Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak tiba serentak pada 9.20 pagi.

Kawalan di sekitar mahkamah diperketat dengan kehadiran polis selain media yang mula tiba seawal 7 pagi bagi membuat liputan prosiding kes Dr Noor Azmi dan Razman.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here