Kelantan kini zon hijau, bebas Covid-19

PUTRAJAYA – Selepas Perlis, Kelantan menjadi negeri kedua diisytihar sebagai zon hijau apabila kesemua 10 daerahnya merekodkan sifar kes koronavirus (Covid-19).

Selepas daerah Kota Bharu bebas kes positif Covid-19 pada Isnin, keseluruhan negeri Kelantan didapati bebas Covid-19 pada semalam.

Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, daerah Tanah Merah yang mempunyai satu kes positif Covid-19 telah sembuh pada Selasa.

Sejak gelombang kedua pandemik itu, Kelantan mencatatkan 155 kes positif Covid-19 dengan hanya Machang mengekalkan sifar jangkitan sehingga kini berbanding daerah lain.

Berdasarkan data itu, 12 daerah masih diisytihar sebagai zon merah antaranya Kluang (84 kes), Seremban (74), Hulu Langat (72), Johor Bahru dan Melaka Tengah (48), Petaling (46) dan Kuantan (42).

Rekod data itu turut menunjukkan 85 daerah di seluruh negara telah bebas Covid-19 dan kini berada dalam zon hijau sementara itu, 61 lagi masih dikategorikan sebagai zon kuning.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here