Negara dalam fasa pulih, sektor ekonomi digalak kembali operasi

PUTRAJAYA – Negara kini memasuki fasa pemulihan, maka sektor ekonomi digalakkan untuk kembali berfungsi seperti biasa kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Namun, beliau berkata pematuhan SOP adalah sangat penting dan perlunya ada syarat-syarat yang dikenakan. SOP itu adalah saringan suhu badan, memastikan ruangan tidak sempit bagi pekerja dan tiada perhimpunan dalam kawasan tersebut, mengamalkan penjarakan sosial serta kebersihan diri seperti kerap basuh tangan atau menggunakan cecair pembasmi kuman.

Beliau turut berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan berhubung semua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi pada kapasiti penuh tanpa sekatan ketika PKP.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini dilaporkan berkata kebenaran bagi semua sektor beroperasi semula itu tertakluk kepada kewajipan mematuhi syarat SOP yang ditetapkan. Ia dibuka secara berperingkat dan keutamaan diberikan kepada sektor pembinaan, industri besar dan seterusnya kepada sektor perkhidmatan.

Menjelas lanjut, Dr Noor Hisham berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum mengisytiharkan darurat kesihatan awam, ia melihat kepada tiga faktor iaitu kematian, jangkitan dan ekonomi.

Masa peringkat awal iaitu pertengahan April kita jangkakan akan dapat kes mendadak. Masa itu kita tidak pasti akan dapat lonjakan eksponen yang mendadak, tetapi ternyata tidak ada. Semasa minggu itu, kita berhati-hati dalam tindakan kita.

Tetapi kini, kita dalam fasa pemulihan, jadi kita menggalakkan sektor ekonomi untuk kembali berfungsi seperti biasa,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here