PKP Fasa 4 : Dibenarkan keluar berdua

KUALA LUMPUR: Ketua keluarga yang keluar membeli makanan, ubat-ubatan atau barangan keperluan harian kini dibenarkan membawa seorang lagi ahli keluarga bersama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 bermula hari ini.

Kebenaran itu berdasarkan kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam dan akan berkuatkuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain untuk disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.

Individu yang keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan pula, dibenarkan untuk disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here