KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) ketat tetap dilaksana walaupun lebih banyak penerbangan domestik dijangka ditambah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setiap syarikat penerbangan yang menyambung operasi akan mendapat kebenaran daripada Kementerian Pengangkutan.
“Sebenarnya, penerbangan domestik memang kita benarkan dan Firefly masih teruskan penerbangan begitu juga dengan Malaysia Airlines di Sabah dan Sarawak masih dibenarkan untuk beroperasi “, katanya.
“Ramai yang meminta ditambah jadual penerbangan. Jika Air Asia terbang ke Sabah dan Sarawak bagi menampung penumpang yang mahu terbang, SOP masih sama,” katanya pada sidang medianya, hari ini.
Beliau berkata, setiap individu juga mesti mendapatkan kebenaran daripada polis, iaitu tujuan penerbangan. Jika terbang ke Sabah dan Sarawak, wajib kuarantin 14 hari,” katanya.