Sarawak benarkan dua orang sekeluarga keluar dalam satu kenderaan

KUCHING: Sarawak membenarkan dua ahli keluarga terdekat untuk keluar rumah dalam satu kenderaan dengan mengikuti peraturan terbaharu Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata keputusan itu berkuatkuasa serta-merta, hari ini.

“Mulai hari ini, Sarawak akan mematuhi peraturan peringkat pusat itu yang membenarkan dua anggota keluarga terdekat untuk melakukan perjalanan dalam satu kenderaan untuk membeli makanan, ubat-ubatan, keperluan harian, makanan tambahan atau barang lain dari mana-mana penyedia perkhidmatan penting atau untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan perubatan,” katanya dalam kenyataan, pagi ini.

Semalam di Putrajaya, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan membenarkan dua ahli keluarga berada dalam satu kenderaan dan keputusan itu dibuat setelah mendapat maklum balas orang ramai.

Katanya, walaupun membenarkan dua orang menaiki satu kenderaan, kerajaan masih bersungguh-sungguh memerangi pandemik COVID-19.

Justeru, katanya orang ramai harus terus mematuhi langkah pencegahan dengan mengurangkan pergerakan keluar rumah, menggunakan alat perlindungan diri serta mengamalkan penjarakan sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here