2,000 pelajar universiti balik kampung semalam

NILAI – Seramai 2,000 pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS pulang ke kampung halaman masing-masing semalam membabitkan pergerakan ke zon Sarawak, Perak, timur dan selatan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.

Beliau menyaksikan kepulangan 115 pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di zon selatan membabitkan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Selain USIM yang menjadi antara tempat pelepasan pulang pelajar, terdapat banyak lagi tempat pelepasan lain antaranya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Johor dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Pergerakan pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing memasuki hari selepas yang pertama pada 27 April lepas manakala hari ini adalah pergerakan pulang pelajar dari Semenanjung ke Sarawak serta Sarawak ke Semenanjung.

Kaedah penghantaran pulang pelajar ini dilakukan supaya teratur dan berancang dan setiap zon mempunyai penyelaras dengan bantuan dari semua universiti membabitkan IPTS dan IPTA.

“Saya merasakan bahawa ini masa yang tepat dan saya nak ucap terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana membenarkan pelajar ini bergerak pulang ke kampung masing-masing,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here