Hari Pekerja sambut dalam keadaan baharu

KUALA LUMPUR : Hari ini tenaga kerja Malaysia meraikan sambutan Hari Pekerja dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dalam suasana baharu dengan mengharungi pandemik Covid-19.

Hari Pekerja kali ini disifatkan ‘unik’ kerana berjaya menaikkan semangat pekerja untuk memberikan yang terbaik kepada kesejahteraan negara, terutama petugas barisan hadapan sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang bekerja tanpa mengenal penat lelah.

Sementara itu, pekerja yang bukan daripada sektor yang dibenarkan kerajaan untuk beroperasi kekal duduk di rumah untuk bersama-sama memutuskan rantaian jangkitan pandemik itu.

Dalam pada itu pekerja yang pendapatan mereka terjejas ketika wabak pembunuh ini iaitu  sektor pelancongan dan juga sektor perniagaan kecil-kecilan seperti makanan yang walaupun masih boleh beroperasi tetapi terhad dengan kekangan PKP.

Dengan lengkung pandemik yang mula berjaya diratakan dan bilangan kes positif COVID-19 secara harian yang konsisten iaitu pada kadar dua angka, dalam tempoh 14 hari berturut-turut sejak 17 April dan menyaksikan Malaysia kini memberikan sedikit kelonggaran dalam peraturan ‘sekatan pergerakan’ yang kini dilanjutkan sehingga 12 Mei ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat semalam, penularan COVID-19 di negara ini telah menjangkiti 6,002 orang dan meragut 102 nyawa.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here