KUALA LUMPUR: Pengguna pengangkutan awam dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menggunakan perkhidmatan berkenaan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ia termasuklah saringan kesihatan, penggunaan topeng muka dan penjarakan sosial. Anggota penguatkuasa ditempatkan dalam gerabak kereta api bagi memantau pergerakan dan menasihati penumpang jika tidak mematuhi SOP ditetapkan.
“Mana-mana individu yang dikenal pasti gagal mematuhi SOP ini tidak akan dibenarkan menaiki perkhidmatan pengangkutan awam.
“Kita akan sentiasa memantau keadaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengurangkan potensi jangkitan COVID-19,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mengenai bilangan penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api, beliau berkata, jumlahnya dijangka meningkat dari semasa ke semasa, bergantung kepada sektor dibenarkan beroperasi sepanjang PKPB.
Sementara itu, Nizam berkata, waktu puncak penggunaan kereta api dipanjangkan sepanjang PKPB, iaitu bermula jam 7 hingga 11 pagi dan 4 petang hingga 7 malam dengan kekerapan antara tiga hingga empat minit, berbanding sebelum ini.