Rakyat Malaysia boleh lapor polis jika ada pelanggaran peraturan PKPB

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh melaporkan terus ke balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi berkaitan bagi melaporkan pelanggaran peraturan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka juga boleh membuat aduan ke pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti majlis daerah dan majlis perbandaran.

“Saya menyeru kepada rakyat untuk sama membantu kerajaan memastikan pematuhan SOP (prosedur operasi standard) di bawah PKPB ini”.

“Oleh itu, yang nampak dengan jelas ingkar SOP, boleh melaporkan kepada balai polis berdekatan, pejabat PBT atau melalui hotline Majlis Keselamatan Negara (MKN), iaitu 88882010 atau melalui MyGcc 80008000 dan ia beroperasi 24 jam,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh melapor menerusi talian hotline mana-mana kementerian berkaitan jika berlaku pelanggaran itu.

“Saya ucapkan terima kasih yang membantu. Ambil gambar, ambil video lagi bagus. Lebih terbukti apa yang dilaporkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here