Semua pekerja asing wajib jalani ujian saringan Covid-19

KUALA LUMPUR: Semua pekerja asing diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 berikutan terdapat peningkatan kes dalam kalangan mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, berkoata kos bagi ujian saringan menerusi pengambilan sampel pekerja itu ditanggung sepenuhnya oleh majikan.

“Sebagai langkah pencegahan, mesyuarat hari ini bersetuju membuat keputusan untuk mewajibkan semua pekerja warga asing di semua sektor sama ada pembinaan, perkilangan komersil, kedai makan dan sebagainya untuk membuat saringan kesihatan atau swab test.

“Kos saringan ini ditanggung oleh majikan dan Kementerian Kesihatan bercadang memulakan di Wilayah Persekutuan dan Selangor,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here