Pengarah Urusannya, Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya sentiasa memastikan aspek penjarakan sosial antara pelanggan khususnya melibatkan seksyen pembelian barangan basah dan pelanggan yang ingin memasuki premis mereka juga perlu menjalani ujian saringan suhu terlebih dahulu.
“Selain itu, kami turut menyediakan terowong sanitasi di Mydin Cawangan USJ dan semua pelanggan perlu jalan melaluinya sebelum masuk ke pasar raya kami,” katanya.
Mengulas mengenai pelaksanaan PKPB itu, Ameer berkata, walaupun kerajaan memberi kelonggaran dalam beberapa sektor, namun orang ramai dilihat masih mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak berani untuk keluar ekoran penularan wabak ini.
Tambah beliau, mana-mana pelanggan mereka yang ingin mendapatkan barangan keperluan secara dalam talian boleh berbuat demikian menerusi platform Mydin Express yang memberikan kemudahan kepada orang ramai.
“Platform Mydin Express memberikan kemudahan kepada orang ramai membeli barangan keperluan melalui laman web https://mydinexpress.my tanpa mengunjungi pasar raya kami,” katanya.