Pengguna Negeri Sembilan disaran buat bayaran bil air tertunggak sebelum 13 Mei

SEREMBAN: Bacaan bil air Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dikeluarkan mengikut bacaan sebenar bagi bulan ini berbanding bil dua bulan lalu iaitu Mac dan April yang hanya dibaca secara anggaran.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail, berkata selaras dengan perkembangan itu, pemotongan bekalan air bagi setiap bil tertunggak akan dikuatkuasakan bermula 13 sehingga 22 Mei ini, dan akan dihentikan sementara semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri dan akan disambung semula pada 30 Mei. 

Oleh demikian, pengguna diseru supaya lebih bertanggungjawab terhadap pembayaran bil air bagi mengelakkan pemotongan.
“Selain hadir ke Kaunter Perkhidmat Pelanggan SAINS, pengguna juga boleh membuat pembayaran bil air menggunakan kaedah yang lebih mudah dengan memuat turun Mobile Apps iSAINS atau pembayaran secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Norzita berkata SAINS akan memulakan operasi perkhidmatan dari jam 8 pagi hingga 4:30 petang hari ini dengan mengekalkan pembabitan tenaga kerja yang minima mengikut keperluan.
“Pelanggan yang datang ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan untuk sebarang urusan diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here