Trend WFH jadi pilihan pekerja selepas PKP

KUALA LUMPUR – Bekerja dari rumah (WFH) sudah menyentuh normal baharu yang rata-rata dilalui golongan pekerja kini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 18 Mac lepas.  

WFH sebenarnya bukan satu istilah yang baharu, malah kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telahpun memperkenalkan inisiatif itu pada tahun 2013 lagi.

Berkongsi pengalaman bekerja dari rumah selepas ‘tersekat’ di kampungnya di Sungai Petani, Kedah sejak PKP fasa pertama dilaksanakan, Nur Haniza Kamal Bahrin, 30, berkata, trend bekerja dari rumah mampu menjadi satu lagi budaya masyarakat, kerana ia amat praktikal.

“Keadaan internet di kampung agak perlahan. Tapi bila dah dapat ‘rentak,’ semua okay. Ditambah sekarang adalah bulan Ramadan, ia lagi memudahkan sebab tak perlu berkejar pulang dari pejabat untuk siapkan juadah berbuka”, kata Haniza.

Bagi pelukis pelan, Affan Yassin, 27, selepas sebulan mengadaptasi suasana bekerja dari rumah, dia semakin selesa, malah kini mempunyai pejabat kecil untuk memudahkannya melakukan kerja-kerja yang diberikan. Walaupun kerja saya masih perlu ke pejabat, tetapi WFH memang praktikal dan tak salah kalau diteruskan selepas PKP ditamatkan.

Bersandarkan situasi itu, Prof. Madya Jabatan Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr. Rohaiza Rokis berkata,  para pekerja diberi ruang kebebasan bukan sahaja secara fizikal malahan psikososial juga memandangkan mereka tidak perlu patuh kepada banyak SOP (biasa) dan manual pekerjaan seperti isu kedatangan harian dan bekerja di bawah sistem hirarki badan pengurusan yang berlandaskan “face-to-face”.

Namun jelas Rohaiza, tidak semua yang ideal itu praktikal kerana WFH selepas ini mungkin boleh menjadi kebiasaan bagi hanya sesetengah pekerjaan sahaja, manakala urusan rasmi jabatan tidak dibolehkan menjadi kelaziman.

Turut mengakui bekerja dari rumah sebagai cara mengurangkan kesesakan jalan raya, langkah mengurangkan kos hidup dan memelihara alam sekitar, Rohaiza menjelaskan dalam masa yang sama masyarakat perlu memastikan medium ini tidak membawa kepada kesan dinamo negatif kepada tahap ekonomi negara.

Pengurus Besar Centre of Technical Excellence Sarawak (Centexs) Shahren Yusri pula berpendapat, normal baharu ini akan berterusan walaupun selepas berakhirnya pandemik COVID-19, meskipun mungkin ada aspek penggunaan teknologi seperti persidangan video, Zoom atau Microsoft secrara mudah dan berkesan malah menjimatkan dari aspek kewangan dan tenaga. 

Mengulas dari aspek penerimaan pihak majikan, Shahren berkata medium WFH mungkin akan dipertimbangkan oleh majikan bagi kebanyakan sektor terutamanya yang bekerja di pejabat sepenuhnya memandangkan ia selamat dan mudah.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here