Sabah laksana PKP tahap 5 secara berperingkat

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah memutuskan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) tahap lima yang akan dilakukan secara berperingkat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pelaksanaan PKP kelima itu akan bermula 7 Mei ini dan tertakluk kepada posedur operasi standard (SOP) dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini..

Beliau turut menyatakan terdapat beberapa sektor di Sabah dibenarkan beroperasi di peringkat ini membabitkan sektor pertanian dan industri makanan, industri perkilangan dan pembuatan serta operasi logistik seperti pengangkutan darat, jeti serta pelabuhan.

“Selain itu, pihak kita juga memutuskan kilang dan ladang sawit di Daerah Lahad Datu, Kunak dan Kinabatangan dibenarkan beroperasi semula tertakluk kepada pengesahan bebas COVID-19 daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya.

Beliau turut menyatakan keputusan itu dibuat dengan mengambil maklum akan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan Tempatan Jangkitan) (No.5) yang mula berkuatkuasa pada 4 Mei hingga 12 Mei ini di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Shafie turut menegaskan, keselamatan dan kebajikan rakyat Sabah merupakan keutamaan kerajaan negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here