Tesco berganding bahu dengan Mondelez, Food Aid Foundation untuk meningkatkan sokongan komuniti

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2020: Di Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Setiap Bantuan Bermakna bukan sekadar pepatah, tetapi nilai untuk menjalankan kehidupan terutamanya semasa ramai yang dibebani secara kewangan kerana keadaan negara yang terhenti akibat wabak Covid-19 yang berterusan.

“Kami selalu mencari cara untuk memberikan sumbangan positif kepada masyarakat di mana kami beroperasi. Kenyataan ini adalah lebih benar sekarang, terutamanya pada bulan Ramadan pertama yang jatuh semasa wabak global sedang berlaku. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan untuk mengekang penyebaran jangkitan, ini juga menyaksikan banyak kehidupan terjejas,” kata Pengarah Perkhidmatan Korporat Tesco, Azliza Azmel.

“Kami menyedari kenyataan ini dan telah bekerjasama dengan rakan bank makanan kami untuk memastikan bekalan makanan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan roti boleh terus diperolehi untuk yang paling terjejas di dalam komuniti kami. Sebagai peruncit, kami dapat menyediakan produk makanan, tetapi rakan bukan kerajaan (NGO) kamilah yang berusaha keras untuk memastikan mereka yang paling memerlukannya mendapat bantuan,” tambah Azliza.

Sehingga kini, Tesco telah menyumbangkan makanan dan barang keperluan bernilai lebih dari RM120,000 untuk menyokong komuniti dan keluarga yang kurang bernasib baik dan yang telah kehilangan sumber pendapatan mereka. Tesco juga menghulurkan bantuan kepada barisan anggota hadapan kesihatan, pihak berkuasa tempatan yang bertugas, pelarian dan juga haiwan di zoo dan tempat perlindungan haiwan di seluruh negara. Jumlah itu akan bertambah apabila Tesco terus menghulurkan bantuan dalam tempoh ini.

Untuk musim Ramadan dan Raya ini, Tesco bekerjasama dengan rakan Mondelez International dan NGO Food Aid Foundation (FAF) untuk memberikan lebih banyak sokongan kepada mereka yang memerlukan, dalam bentuk Tabung Kiriman Ikhlas. Untuk setiap pembelian RM30 mana-mana produk Tesco Own Brand dan RM30 produk jenama Mondelez terpilih (Cadbury, Jacobs, Tiger, Chipsmore, Oreo, Twisties dan belVita) di semua cawangan Tesco di seluruh negara, Tesco Online Lazada dan Shopee, RM1 akan dikenakan disalurkan ke Tabung Kiriman Ikhlas.

Dana yang dikumpulkan akan ditukarkan kepada barang makanan termasuk beras, minyak masak, tuna kalengan, keropok krim, serpihan bijirin, susu, madu dan campuran minuman segera untuk diedarkan kepada penerima bantuan FAF di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang April hingga Julai 2020.

“Ramadan adalah bulan suci bagi umat Islam dan sebaik-baiknya sadaqah biasanya dilakukan dalam tempoh ini. Apa yang hebat dari Tabung Kiriman Ikhlas ialah pelanggan dapat menderma dengan mudah ketika membeli-belah di cawangan-cawangan kami,” kata Azliza.

“Secara kolektif, kami berhasrat mengumpulkan sejumlah RM200,000 dari Tabung Kiriman Ikhlas, yang akan menyediakan barang makanan penting untuk diedarkan kepada lebih 3,000 penerima FAF. Sumbangan ini juga bersamaan lebih dari 150,000 hidangan makanan untuk mereka yang memerlukan.”

Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan Mondelez, Raja Zalina Raja Safran mengatakan bahawa kolaborasi ini memungkinkan pihaknya untuk terus bekerjasama dengan FAF sambil memulakan kolaborasi baru dengan Tesco: “Di Mondelez International, tujuan kami adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk makan dengan betul. Kami dipandu oleh prinsip kami untuk melakukan yang betul, bukan hanya untuk pekerja dan pengguna kami, tetapi juga untuk komuniti tempat kami beroperasi. ”

“Selama ini, kami bekerjasama dengan rakan kongsi dan NGO yang dapat membantu kami menjangkau masyarakat yang memerlukan. Sehingga kini, kami telah menyumbangkan ribuan tan biskut dan coklat di seluruh dunia untuk pusat-pusat pemindahan dan komuniti COVID-19 yang paling teruk dilanda. Di Malaysia, kami telah bekerjasama dengan FAF sejak dua tahun terakhir untuk mengagihkan semula stok-stok lebihan untuk disalurkan ke rumah-rumah kebajikan dan  kepada mereka yang memerlukan untuk menolong mereka mengimbangi bil makanan mereka,” lanjutnya.

Pengasas FAF, Rick Chee menambah bahawa lebih banyak inisiatif yang disokong korporat seperti Tabung Kiriman Ikhlas diperlukan untuk mereka yang kurang bernasib baik: “Ditambah dengan kesulitan kewangan mereka yang sudah ada, mereka yang bergantung pada gaji harian atau sementara adalah lebih dibebani sekarang. Pada masa inilah operasi bank makanan melihat peningkatan permintaan yang besar,” katanya.

“Sebagai sebuah organisasi bukan keuntungan, kami memerlukan berbagai sokongan untuk memenuhi peningkatan permintaan untuk bekalan makanan di kalangan masyarakat kurang mampu. Perkongsian seperti yang kita ada dengan Tesco dan Mondelez untuk Tabung Kiriman Ikhlas telah terbukti memberi keuntungan pada masa krisis seperti ini dan kami berharap syarikat-syarikat lain juga dapat membantu. “

Inisiatif Tabung Kiriman Ikhlas adalah bersempena dengan kempen ‘Raya Jimat, Raya Selamat’ Tesco yang berlangsung hingga 30 Julai 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here