KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hanya akan melaksanakan ujian saringan COVID-19 menggunakan kaedah RT-PCR sahaja dan tidak menggunakan kaedah RTK Antibody terhadap pekerj asing.
Ia berikutan pihaknya mengambil maklum garis panduan terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai saringan COVID-19 yang hanya mengiktiraf RT-PCR sebagai kaedah saringan.
“PERKESO melihat saranan kaedah saringan COVID-19 ke atas pekerja yang berisiko tinggi secara serius. Justeru, saringan itu diwajibkan ke atas semua pekerja asing yang berada di sektor pembinaan atau yang bekerja di zon merah sahaja”, katanya.
Katanya, ujian saringan berkenaan akan dilaksanakan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada, dan juga lain-lain penyedia perkhidmatan yang akan dilantik bagi membolehkan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien.
Maklumat lanjut berkenaan pengoperasian PSP PERKESO akan dimaklumkan melalui Portal Prihatin PERKESO (https://prihatin.perkeso.gov.my).