MAIDAM buka kaunter pandu lalu untuk bayar zakat

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan kaunter pandu lalu bagi memudahkan umat Islam untuk menunaikan bayaran zakat fitrah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selain kaunter pandu lalu, MAIDAM turut menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak bagi memudahkan umat Islam yang memilih untuk menunaikan bayaran zakat dan fitrah secara tunai.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, M Rozi Bidin, menjelaskan kaunter pandu lalu itu diadakan mulai Rabu lalu bermula daripada jam 9 pagi hingga jam 12.30 tengah hari.

Jelasnya, kaunter pandu lalu di perkarangan ibu pejabat MAIDAM di kompleks Seri Iman itu dibuka mulai Ahad dan Khamis, termasuk hari kelepasan am sehingga Isnin ini.

“Setakat ini kaunter pandu lalu dan kaunter bergerak itu hanya dibuka sehingga tempoh PKPB berakhir, Isnin ini. Bagaimanapun, M Rozi menegaskan seluruh umat Islam digalakkan membuat bayaran zakat fitrah secara dalam talian.

Mengulas bayaran zakat fitrah secara dalam talian, M Rozi berkata sehingga Selasa lalu, seramai 16,762 orang memilih untuk membuat bayaran secara dalam talian dengan jumlah kutipan berjumlah RM10,510.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here