PKPB : Dron guna pantau pematuhan SOP di kawasan tumpuan

KUALA LUMPUR – Teknologi dron turut digunakan untuk memantau serta memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dipatuhi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Supt Rasha Azaldin Shafii berkata, hebahan dan pemantauan udara di tempat tumpuan awam dibuat supaya orang ramai mematuhi SOP ditetapkan untuk mengekang penularan wabak COVID-19. 

“Penugasan dron masih berjalan seperti biasa tetapi sekarang fokusnya adalah pematuhan terhadap SOP kerana kita mahu orang ramai mematuhi SOP seperti mengamalkan jarak sosial,” katanya.

Teknologi dron mula diperkenal pada fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ia diguna pakai sepenuhnya oleh anggota PDRM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyampaikan maklumat selain memantau pergerakan orang ramai.

Dron, yang digunakan oleh kedua-dua pasukan keselamatan itu dilengkapi dengan pembesar suara yang akan menghebahkan pesanan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina dan Tamil, kepada orang ramai agar sentiasa berada di rumah.

Dalam pada itu, Rasha Azaldin berkata teknologi dron juga digunakan untuk membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat pengawasan udara di sempadan dan maritim negara dan pemantauan ini dibuat khusus untuk mengekang kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here