Tiga ular ganggu penduduk ditangkap

Langkawi, 15 Mei – Tiga ular sawa burung mengganggu sebuah keluarga membuat persiapan berbuka puasa, ditangkap di sebuah rumah di Taman Helang Perdana di sini, pada jam 6.15 petang semalam.

Seorang penghuni rumah yang kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Langkawi, meminta bantuan selepas disedari kegangguan ular tersebut. Ketiga-tiga ular itu masing-masing sepanjang 1.5 meter.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.25 petang.

“Sejurus itu, sepasukan empat anggota bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi bagi membantu menangkap ular yang memasuki rumah penduduk.
Ahmad Shahfikri berkata, walaupun ular itu tidak mempunyai bisa, usaha menangkap tiga ular sekali gus perlu berhati-hati.

“Mereka berjaya menangkap ular itu dan membawanya ke pejabat APM Langkawi untuk tindakan lanjut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here