Kementerian Pedagangan dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Perak telah mengumumkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP HRP) 2020 selama 15 hari.
Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, skim yang diumumkan pada 19 Mei 2020 yang lalu akan berkuatkuasa pada 20 Mei sehingga 3 Jun 2020.
“Pelaksanaan SHMMP HRP 2020 kali ini agak berbeza memandangkan Sambutan Hari Raya Puasa pada tahun ini disambut dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Pelaksanaan skim ini juga dibuat dengan beberapa penyesuaian masa dan barangan bagi menstabilkan harga dan bekalan di pasaran,” katanya dalam satu kenyataan.