Beraya tanpa air terus ‘hantui’ penduduk di pedalaman Sarawak

Masalah air terus ‘menghantui’ penduduk di pedalaman Sarawak khususnya di Kampung Penipah, Tekajong dan Bruit setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

menurut Ketua Parti AMANAH Negara Kawasan Tanjung Manis, Fadillah Sabali (gambar), masalah air telah lama membelenggu penduduk di kampung terbabit telah lama dihadapi walaupun pada Pilihan Raya Negeri (PRN)Ke-11, pihak kerajaan telah berjanji menyelesaikan masalah berkenaan.

Katanya, walaupun terdapat penyambungan batang paip telah dilaksanakan tetapi air yang keluar ibarat adakalanya seperti ‘teh tarik’ atau hanya keluar angin sahaja.

“Alah bisa tegal biasa, tapi bukan ini yang diingini oleh sebahagian penduduk di tiga buah kampung yang memiliki seramai hampir 5,000 jiwa.

“Sekalipun ketiadaan bekalan air paip adalah perkara yang telah lama dihadapi, tapi ia bukanlah untuk dibiarkan tanpa penyelesaian

“Ini kerana, masalah air di bahagian utara Pulau Bruit terutamanya di kampung Penipah, Tekajong dan Bruit adalah bukan masalah baru,” ujar beliau yang juga merupakan Setiausaha AMANAH Sarawak.

Fadillah menegaskan, walaupun terdapat bantuan bekalan air menggunakan lori-lori air sampai ke kampung, namun penyelesaian jangka pendek yang kreatif dan berkesan adalah diperlukan sementara menunggu projek bekalan air yang dijanjikan siap sepenuhnya.

Tambahnya lagi, pada Ramadhan 2017, air terawat mula keluar di pili-pili rumah, tetapi nikmat itu tidak berpanjangan.

“Tiba Aidilfitiri tahun ini, air yang diharapkan keluar daripada pili masih hilang datang sekali gus menguji kesabaran penduduk yang muak dengan janji kerajaan negeri untuk menyelesaikan perkara ini yang tiada kesudahan.

“Saya sendiri merasai keperitan penduduk yang bergantung dengan bekalan air hujan yang ditakung untuk mandi dan bersuci ketika turun berziarah mereka di kampung,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here