Port Dickson tidak sesak, tidak seperti musim perayaan sebelum ini

Jika sebelum ini apabila tiba sahaja cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri, pusat peranginan negara Port Dickson pastinya menjadi detinasi pilihan percutian orang ramai.

Namun, keadaannya tahun ini amat berbeza apabila daerah pelancongan itu tidak mengalami kesesakan jalan raya, tiada orang ramai yang berkelah di tepi pantai dan tempahan bilik hotel juga tidak penuh seperti biasa.

Di sebuah hotel terkemuka di Port Dickson mendapati, masih ada pengunjung yang menginap di hotel, namun terdapat penurunan dari segi tempahan bilik.

Sejak dibenarkan beroperasi semula semasa pelaksanaan PKPB, pihak hotel mengamalkan SOP ketat mengikut arahan Kementerian Kesihatan serta proses nyah kuman telah dillaksana dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan.

Pihak Berkuasa Tempatan Polis daerah Port Dickson juga mengadakan rondaan bagi memastikan orang ramai tetap mematuhi arahan PKPB walaupun ketika musim perayaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here