Kuala Lumpur, 28 Mei 2020 – Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan anjakan besar terhadap cara hidup kita. Keadaan sosio-ekonomi juga turut berubah apabila kita menyesuaikan diri kepada norma baharu, sementara mereka yang bergantung kepada kerja manual atau gaji harian tiba-tiba mengalami situasi dimana mereka kekurangan pendapatan atau tiada pendapatan. Bagi meringankan beban yang dialami oleh komuniti berpendapatan rendah, Zurich Malaysia bersama Z Zurich Foundation menghulurkan bantuan dan sokongan kepada keluarga berpendapatan rendah yang terkesan akibat situasi semasa.
Z Zurich Foundation telah mendermakan RM1 juta kepada Epic Society, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan tempatan, bagi merangsang inisiatif Kolektif untuk Orang Asli COVID-19; satu program bantuan dan pemulihan bagi komuniti Orang Asli.
Pengagihan barangan keperluan penting serta kit kebersihan yang mengandungi pembersih tangan, sabun, penutup mulut dan hidung, dan ubat-ubatan kepada kira-kira 4,000 keluarga Orang Asli di Semenanjung Malaysia mulai sekarang sehingga Jun 2020.
Ketua Zurich Malaysia Stephen Clark berkata, “Sokongan padu yang diberikan oleh pelbagai sektor ketika waktu yang mencabar ini menunjukkan keprihatinan dan semangat kemasyarakatan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia. kami ingin menyumbang untuk meringankan beban keluarga berpendapatan rendah yang kehilangan sumber pendapatan, dan pekerja gaji harian yang tidak lagi mempunyai pekerjaan.
Presiden Epic Society, John-Son Oei turut berkongsi sentimen yang sama, ‘Perintah Kawalan Pergerakan ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan orang ramai, namun kumpulan rentan seperti Orang Asli adalah lebih terkesan berbanding rakyat Malaysia yang lain. Epic teruja untuk bekerjasama dengan Zurich Malaysia untuk memperkasakan komuniti Orang Asli di Malaysia.
Z Zurich Foundation menyokong penyelesaian pandemik global ini, Z Zurich Foundation telah menyalurkan bantuan khas COVID-19 kepada lebih dari 30 negara, yang memanfaatkan ratusan badan amal dan menyumbang kepada ratusan ribu golongan rentan dari aspek pendidikan, keperluan asas (makanan), penjagaan kesihatan, dan kesejahteraan.