Tiga depot tahanan Imigresen dalam kawalan

Tiga depot tahanan imigresen masih dalam kawalan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia untuk melakukan proses ulangan sanitasi awam dan nyah kuman di tiga depot tahanan Imigresen yang merekodkan peningkatan drastik kes positif COVID-19.

Arahan pelaksanaan operasi tersebut perlu diperoleh daripada KKM serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pada Mac lalu, proses nyah kuman sudah dijalankan di depot terbabit sebelum berlaku penularan kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga asing.

Datuk Mohammad Hamdan meninjau Ops Lancar di Tol Sungai Besi menghala ke selatan.

Seramai 12 anggota ditempatkan di tujuh plaza tol lebuhraya seluruh negara sepanjang operasi bermula 21 hingga 27 Mei itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here