Zuraida, Azmin Ali – Mengeluarkan Dana Sendiri Bagi Menampung Kos Bayaran Sewa Penduduk

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin meluluskan peruntukan awal RM2 juta bagi kerja baik pulih tembok penghadang susulan kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, awal pagi tadi.
Seramai 40 penghuni di tujuh rumah berkenaan diarah mengosongkan kediaman masing-masing susulan terdapat keretakan di bahagian belakang rumah mereka.

Melihat perkembangan itu, YB Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang turun padang melihat perkembangan kejadian itu dan memberi bantuan segera dengan menempatkan mereka di Hotel De Palma Ampang dalam tempoh 3 hari 2 malam sementara mereka dapat mencari tempat perlindungan lain untuk didiami selama kerja-kerja baikpulih dilakukan.

Untuk rekod, kerja-kerja baik puih dianggarkan mengambil masa selama 6 bulan, justeru atas dasar keprihatinan YB Zuraida dan Adun Bukit Antarabangsa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mereka mengeluarkan dana sendiri bagi menampung kos bayaran sewa penduduk terjejas sehingga proses baikpulih selesai.

YB Zuraida turut melakukan sesi dialog dan bantuan selanjutnya akan diberikan kepada mereka, selain itu YB Zuraida turut melantik pegawai dari Parlimen Ampang untuk memantau perkembangan penduduk dikawasan berkenaan.

Hadir sama bersama YB Zuraida Adalah Menteri Besar Selangor Amiruddin Shaari, Adun Bukit Antarabangsa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, YDP Ampang Dato’ haji Abd Hamid Hussain, Pegawai Daerah Hulu Langat Yusri Zakariah, JPS, Bomba dan pihak polis.
YB Zuraida turut mengarahkan pelbagai agensi untuk melakukan tinjauan dan pemantauan di kawasan itu dan dijangka kerja pemulihan akan segera dilaksanakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here