KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI – KEPUTUSAN PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG), KOLEJ MATRIKULASI (KM), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM
SESI AKADEMIK 2020/2021
_____________________________________________________________________

1. Seramai 109,617 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang layak, ditawarkan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil / Asasi / Matrikulasi / Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Ijazah Sarjana Muda Senibina UiTM Sesi Akademik 2020/2021.

2. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) berkaitan kepada calon yang berjaya mulai 4 Jun 2020 dan calon perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 5 hari iaitu selewat-lewatnya 8 Jun 2020. Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui laman web IPTA seperti di Lampiran 1. Tarikh pendaftaran pelajar baharu adalah mulai 05 Jun 2020 hingga 04 Januari 2021 mengikut IPTA masing-masing.

3. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengamalkan prinsip meritokrasi dalam pengambilan pelajar. Berdasarkan prinsip ini, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberi peluang untuk mengikuti pengajian di IPTA. Tiada sistem kuota digunapakai dan sistem ini telah digugurkan semenjak sesi pengambilan 2002/2003.

4. Calon yang tidak menerima sebarang tawaran/ gagal boleh mengemukakan
permohonan rayuan melalui UPUOnline di http://upu.moe.gov.my. Permohonan
Rayuan melalui UPUOnline akan dibuka dalam tempoh 5 hari bekerja mulai 3 Jun
2020 jam 12.00 tengah hari sehingga 10 Jun 2020 jam 5.00 petang.

5. Tawaran tempat bagi sesi akademik 2020/2021 adalah muktamad dan sebarang
permohonan pertukaran tidak dibenarkan. Dasar pemilihan RAYUAN pelajar adalah
tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas
pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

6. Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) telah
membuka kemudahan talian hotline mulai 03 Jun hingga 10 Jun 2020 dari jam 08:30
pagi hingga 04:00 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan
mendapatkan khidmat runding cara.

7. Sila hubungi alamat dan talian berikut untuk sebarang pertanyaan :

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 4, NO.2, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62200 PUTRAJAYA
No. Tel          :  03-8870 8200
E-mel             : upu@moe.gov.my
Mobile Apps   : UPUPocket 2.0
Laman Sosial : Facebook : KEMASUKAN BPKP JPT
Twitter : @TWT_UPU
Instagram : @KEMASUKANBPKP
Sistem Maklum Balas : https://online.moe.gov.my/upu/maklumbalas/


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here